Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لاتَعْجَلوا بالبَلَيَّةِ قبلَ نزولِها، فإنكم إن لا تَعْجَلوها قبل نزولِها، لايَنفَكُّ المسلمون وفيهم إذا هي نزلت من إذا قال وُفِّقَ وسُدِّدَ، وإنكم إن تَعْجَلوها تَخْتَلِفْ بكم الأهواءُ، فتَأخُذوا هكذا وهكذا، وأشار بين يديه وعلى يمينِه وعن شمالِه.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah kamu meminta disegerakan ujian sebelum ia turun kerana jika kamu tidak berharap disegerakan ujian sebelum ia turun, orang-orang Islam tidak akan berpecah belah. Dan ada di antara mereka apabila ujian (musibah) itu turun ada yang jika berbicara, dia tepat dan benar. Dan jika kamu mengharap disegerakan maka kamu akan diperselisihkan oleh hawa nafsu, dan ada yang bertindak begini dan begitu. Lalu Nabi SAW mengisyaratkan kedua tangan baginda ke kanan dan ke kiri.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1237, hadis no. 6304. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن وهب بن عمرو الجمحي أن النبي قال: لاتعجلوا بالبلية قبل نزولها، فإنكم إن لا تعجلوها قبل نزولها، لاينفك المسلمون وفيهم إذا هي نزلت من إذا قال وفق وسدد، وإنكم إن تعجلوها تختلف فيكم الأهواء، فتأخذوا هكذا وهكذا، وأشار بين يديه وعلى يمينه وعن شماله. [الدارمي، ((الضعيفة)) (882)]
(Lemah) Daripada Wahb bin 'Amr al-Jumhi bahawa Nabi SAW bersabda: Janganlah kamu meminta disegerakan ujian sebelum ia turun kerana jika kamu tidak berharap disegerakan ujian sebelum ia turun, orang-orang Islam tidak akan berpecah belah. Dan ada di antara mereka apabila ujian (musibah) itu turun ada yang jika berbicara, dia tepat dan benar. Dan jika kamu mengharap disegerakan maka kamu akan diperselisihkan oleh hawa nafsu, dan ada yang bertindak begini dan begitu. Lalu Nabi SAW mengisyaratkan kedua tangan baginda ke kanan dan ke kiri. [Riwayat al-Darimi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 882]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman