Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا صليتم الصبحَ فافزَعوا إلى الدعاءِ، وباكِرُوا في طَلَبِ الحوائجِ، اللهم بارِكْ لِأُمَّتِي في بُكُورِها.
Teks Bahasa Melayu
Jika kamu telah mengerjakan solat Subuh maka berdoalah, dan bersegeralah awal untuk mencari keperluan, ya Allah engkau berkatilah umatku ini pada awal pagi.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 605, hadis no. 3136. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن علي بن أبي طالب - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إذا صليتم الصبح فافزعوا إلى الدعاء، وباكروا في طلب الحوائج، اللهم بارك لأمتي في بكورها)). [خط، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2630)].
(Sangat lemah) Daripada Ali bin Abi Talib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Jika kamu telah mengerjakan solat Subuh maka berdoalah, dan bersegeralah awal untuk mencari keperluan, ya Allah engkau berkatilah umatku ini pada awal pagi.)) [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2630].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman