Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Jika kamu telah melontar jamrah, menyembelih dan bercukur, maka halallah bagi kamu semua perkara kecuali (bersetubuh) dengan isteri

Teks Bahasa Arab

إذا رمَيْتُم وذَبَحْتُم وحَلَقْتُم حَلَّ لكم كُلُّ شيءٍ إلا النساءَ.

Teks Bahasa Melayu

Aku bertanya Aisyah Ummu al-Mukminin RA bilakah seorang yang berihram itu boleh bertahallul? Lalu beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jika kamu telah melontar jamrah, menyembelih dan bercukur, maka halallah bagi kamu semua perkara kecuali (bersetubuh) dengan isteri.

Sahabat Perawi

  1. Amrah

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 730 - 731, hadis no. 3728. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عمرة قالت: سألت عائشة أم المؤمنين رضي الله عنها: ‌متى ‌يحل ‌المحرم؟ فقالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إذا رميتم وذبحتم وحلقتم حل لكم كل شيء إلا النساء)). [قط، ابن جرير في ((تفسيره))، ((الضعيفة)) (1013)]

(Munkar) Daripada Amrah dia berkata: Aku bertanya Aisyah Ummu al-Mukminin RA bilakah seorang yang berihram itu boleh bertahallul? Lalu beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jika kamu telah melontar jamrah, menyembelih dan bercukur, maka halallah bagi kamu semua perkara kecuali (bersetubuh) dengan isteri. [Riwayat al-Daraqutni dalam Sunannya dan Ibn Jarir dalam Tafsirnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1013]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.