Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا صلى أحدُكم فَلْيُصَلِّ صلاةَ مُوَدِّعٍ، صلاةَ مَن لا يَظُنُّ أنه يَرْجِعُ إليها أبدًا.
Teks Bahasa Melayu
Jika kamu solat, maka solatlah seperti solat orang yang ingin meninggal dunia, Jika kamu solat, maka solatlah seperti solat orang yang ingin meninggal dunia, solat yang mana dia sangka tidak akan kembali menunaikannya.
Sahabat Perawi
- Ummu Salamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2004, hadis no. 10054. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أم سلمة -رضي الله عنها - مرفوعاً: إذا صلى أحدكم فليصل صلاة مودع، صلاة من لا يظن أنه يرجع إليها أبداً. [فر، ((الضعيفة)) (2575)]
(Sangat Lemah) Daripada Ummu Salamah RA -diriwayat secara marfu'-: Jika kamu solat, maka solatlah seperti solat orang yang ingin meninggal dunia, solat yang mana dia sangka tidak akan kembali menunaikannya. [Riwayat al-Dailamy dalam kitab al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2575]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman