Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن صلَّيتَ الضُّحى رَكْعتينِ، لم تُكْتب مِنَ الغافلينَ. 2- وإن صلَّيتَ أربعًا، كُتِبتَ منَ العابدينَ. 3- وإن صلَّيتَ ستًّا، لم يَلحَقكَ يومئذٍ ذَنبٌ. 4- وإن صلَّيتَ ثمانيًا، كُتِبتَ منَ القانتينَ. 5- وإن صلَّيتَ اثنتَي عشرةَ رَكْعةٍ، بُنيَ لَكَ بيتٌ في الجنَّةِ. 6- وما مِن يومٍ، ولا ليلةٍ، ولا ساعةٍ؛ إلَّا للَّهِ فيها صَدقةٌ يمنُّ بِها على من يشاءُ من عبادِهِ، وما مَنَّ على عبدٍ يمثل أن يُلْهِمَهُ ذِكْرَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Jika kamu solat duha dua rakaat, kamu tidak akan tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi. 2- Jika kamu solat empat rakaat, kamu akan termasuk dalam golongan yang rajin beribadah. 3- Jika kamu solat enam rakaat, kamu tidak akan mempunyai sebarang dosa pada hari itu nanti. 4- Jika kamu solat lapan rakaat, kamu termasuk dalam golongan yang taat. 5- Jika kamu solat 12 rakaat, sebuah rumah akan dibina untukmu di syurga. 6- Dan tidak ada satu hari, satu malam mahupun satu ketika kecuali terdapat kurniaan padanya di sisi Allah. Allah mengurniakannya kepada sesiapa dalam kalangan hamba-Nya yang Dia kehendaki. Dan Dia tidak kurniakan kepada seseorang hamba setara dengan Dia mengilhamkannya untuk berzikir kepada-Nya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2051, hadis no. 10318. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau berkata: Aku berkata kepada Abu Dzar: Wahai pak cik, wasiati aku. Abu Dzar berkata: Kamu telah bertanya kepadaku perkara yang aku telah tanyakan kepada Rasulullah SAW. Baginda menjawab: Jika kamu solat duha dua rakaat, kamu tidak akan tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi. 2- Jika kamu solat empat rakaat, kamu akan termasuk dalam golongan yang rajin beribadah. 3- Jika kamu solat enam rakaat, kamu tidak akan mempunyai sebarang dosa pada hari itu nanti. 4- Jika kamu solat lapan rakaat, kamu termasuk dalam golongan yang taat. 5- Jika kamu solat 12 rakaat, sebuah rumah akan dibina untukmu di syurga. 6- Dan tidak ada satu hari, satu malam mahupun satu ketika kecuali terdapat kurniaan padanya di sisi Allah. Allah mengurniakannya kepada sesiapa dalam kalangan hamba-Nya yang Dia kehendaki. Dan Dia tidak kurniakan kepada seseorang hamba setara dengan Dia mengilhamkannya untuk berzikir kepada-Nya. [Riwayat al-Bazzar, Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa’ dan al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6435]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman