Jika kamu solat duha dua rakaat, kamu tidak akan ditulis sebagai orang yang lalai

TEKS BAHASA ARAB

إن صليت الضحى ركعتين؛ لم تكتب من الغافلين وإن صليت أربعا كتبت من العابدين، وإن صليت ستا لم يلحقك يومئذ ذنب، وإن صليت ثمانيا كتبت من القانتين، وإن صليت اثنتي عشرة ركعة بني لك بيت في الجنة، وما من يوم ولا ليلة ولا ساعة إلا لله فيها صدقة يمن بها على من يشاء من عباده وما من على عبد يمثل أن يلهمه ذكره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai bapa saudaraku berikanlah nasihat kepadaku. Dia berkata: Engkau telah bertanya apa yang aku tanyakan pada Rasulullah lalu dia berkata: “Jika kamu solat duha dua rakaat, kamu tidak akan ditulis sebagai orang yang lalai. Jika kamu solat empat rakaat, kamu akan ditulis sebagai orang yang rajin beribadah. Jika kamu solat enam rakaat, kamu tidak akan dihinggapi dosa pada hari tersebut. Jika kamu solat lapan rakaat, kamu akan ditulis sebagai orang yang taat. Jika kamu solat sebanyak 12 rakaat, akan dibina untukmu rumah di syurga. Tidak ada hari, malam walaupun satu jam kecuali bagi Allah padanya sedekah yang diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki dari kalangan hamba-Nya, dan dia akan mengilhamkan kepada hamba sepertinya untuk berzikir kepada-Nya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 686 – 687, hadis nombor 3529. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) إن صليت الضحى ركعتين ؛ لم تكتب من الغافلين وإن صليت أربعا كتبت من العابدين، وإن صليت ستا لم يلحقك يومئذ ذنب، وإن صليت ثمانيا كتبت من القانتين، وإن صليت اثنتي عشرة ركعة بني لك بيت في الجنة، وما من يوم ولا ليلة ولا ساعة إلا لله فيها صدقة يمن بها على من يشاء من عباده وما من على عبد يمثل أن يلهمه ذكره.

(Munkar) Daripada Ibn Umar RA berkata: Aku berkata kepada Abu Zar: Wahai bapa saudaraku berikanlah nasihat kepadaku. Dia berkata: Engkau telah bertanya apa yang aku tanyakan pada Rasulullah lalu dia berkata: “Jika kamu solat duha dua rakaat, kamu tidak akan ditulis sebagai orang yang lalai. Jika kamu solat empat rakaat, kamu akan ditulis sebagai orang yang rajin beribadah. Jika kamu solat enam rakaat, kamu tidak akan dihinggapi dosa pada hari tersebut. Jika kamu solat lapan rakaat, kamu akan ditulis sebagai orang yang taat. Jika kamu solat sebanyak 12 rakaat, akan dibina untukmu rumah di syurga. Tidak ada hari, malam walaupun satu jam kecuali bagi Allah padanya sedekah yang diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki dari kalangan hamba-Nya, dan dia akan mengilhamkan kepada hamba sepertinya untuk berzikir kepada-Nya." [Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad, Ibn Hibban dalam al-Dhuafa’ dan al-Asbahani dalam al-Targhib wa al-Tarhib. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6435]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs