Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنْ صَلَّيْتَ الضُّحَى رَكْعَتَيْنِ، لَمْ تُكْتَبْ مِنَ الْغَافِلِينَ. ٢ - وَإِنْ صَلَّيْتَ أَرْبَعاً، كُنْتَ مِنَ الْعَابِدِينَ. ٣ - وَإِنْ صَلَّيْتَ سِتّاً، لَمْ يَلْحَقْكَ [يومئذٍ] ذَنْبٌ. ٤ - وَإِنْ صَلَّيْتَ ثَمَانِياً، كُتِبْتَ مِنَ الْقَانِتِينَ. ٥ - وَإِنْ صَلَّيْتَ اثِنْتَيْ عَشْرَةَ ركعةً، بُنِيَ لَكَ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ. ٦ - وَمَا مِنْ يَوْمٍ، وَلَا لَيْلَةٍ، وَلَا سَاعَةٍ، إِلَّا وَلِلَّهِ فِيهَا صَدَقَةٌ يَمُنُّ بِهَا عَلَى مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ، وَمَا مَنَّ عَلَى عَبْدٍ بِمِثْلِ أَنْ يُلْهِمَهُ ذِكْرَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai bapa saudaraku berikanlah nasihat kepadaku. Dia berkata: Engkau telah bertanya apa yang aku tanyakan pada Rasulullah lalu dia berkata: “Jika kamu solat duha dua rakaat, kamu tidak akan ditulis sebagai orang yang lalai. Jika kamu solat empat rakaat, kamu akan ditulis sebagai orang yang rajin beribadah. Jika kamu solat enam rakaat, kamu tidak akan dihinggapi dosa pada hari tersebut. Jika kamu solat lapan rakaat, kamu akan ditulis sebagai orang yang taat. Jika kamu solat sebanyak 12 rakaat, akan dibina untukmu rumah di syurga. Tidak ada hari, malam walaupun satu jam kecuali bagi Allah padanya sedekah yang diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki dari kalangan hamba-Nya, dan dia akan mengilhamkan kepada hamba sepertinya untuk berzikir kepada-Nya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 686 - 687, hadis no. 3529. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) إن صليت الضحى ركعتين ؛ لم تكتب من الغافلين وإن صليت أربعا كتبت من العابدين، وإن صليت ستا لم يلحقك يومئذ ذنب، وإن صليت ثمانيا كتبت من القانتين، وإن صليت اثنتي عشرة ركعة بني لك بيت في الجنة، وما من يوم ولا ليلة ولا ساعة إلا لله فيها صدقة يمن بها على من يشاء من عباده وما من على عبد يمثل أن يلهمه ذكره.
(Munkar) Daripada Ibn Umar RA berkata: Aku berkata kepada Abu Zar: Wahai bapa saudaraku berikanlah nasihat kepadaku. Dia berkata: Engkau telah bertanya apa yang aku tanyakan pada Rasulullah lalu dia berkata: “Jika kamu solat duha dua rakaat, kamu tidak akan ditulis sebagai orang yang lalai. Jika kamu solat empat rakaat, kamu akan ditulis sebagai orang yang rajin beribadah. Jika kamu solat enam rakaat, kamu tidak akan dihinggapi dosa pada hari tersebut. Jika kamu solat lapan rakaat, kamu akan ditulis sebagai orang yang taat. Jika kamu solat sebanyak 12 rakaat, akan dibina untukmu rumah di syurga. Tidak ada hari, malam walaupun satu jam kecuali bagi Allah padanya sedekah yang diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki dari kalangan hamba-Nya, dan dia akan mengilhamkan kepada hamba sepertinya untuk berzikir kepada-Nya." [Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad, Ibn Hibban dalam al-Dhuafa’ dan al-Asbahani dalam al-Targhib wa al-Tarhib. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6435]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman