Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: أنه وَفَدَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ أَعْرَابِيٌّ. فَقَالَ: إِنْ تَكُنْ نَبِيًّا فَمَا مَعِي؟ فَأَخْبَرَهُ بِأَنَّ مَعَهُ فَرْخَيْ حَمَامٍ وَأُمُّهُمَا فَوْقَهُمَا.
Teks Bahasa Melayu
Hadith : Rombongan orang badwi datang berjumpa Nabi SAW. Dia berkata: Jika kamu seorang Nabi maka apakah yang akan bersamaku? Lalu baginda memberitahunya bahawa bersamanya ada dua ekor anak burung merpati dan ibu mereka di atasnya.
Sahabat Perawi
- Zaid bin Arqam RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 323, hadis no. 9. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Zaid bin Arqam secara marfu’. Dia berkata: Hadis ini sangat munkar dan sanadnya pelik. Aku tidak menulisnya kecuali dengan jalan ini. Boleh jadi ia adalah rekaan Muhammad bin al-Farkhan bin Rauzabah al-Duri.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman