Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Jika kamu semua mengebumikan aku, dan siram ke atas kuburku air, maka berdirilah atas kuburku serta menghadap kiblat dan berdoalah untukku

Teks Bahasa Arab

إِذَا دَفَنْتُمُونِي وَرَشَشْتُمْ عَلَى قَبْرِي الماءَ فَقُومُوا علَى قَبْرِي واسْتَقْبِلُوا الْقِبْلَةَ وادعوا لِي.

Teks Bahasa Melayu

Setelah kamu semua mengebumikan aku, dan menyiram air ke atas kuburanku, maka berdirilah di atas kuburku dalam keadaan menghadap kiblat dan berdoalah untukku.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1571, hadis no. 7953. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن الحكم بن الحارث السلمي: أنه غزا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاث غزوات، قال-، قال لنا:((إذا دفنتموني، ورششتم على قبري الماء؛ فقوموا على قبري، واستقبلوا القبلة، وادعوا لي)). [طب، ((الضعيفة)) (6649)].

(Munkar) Daripada al-Hakam bin al-Harith al-Salami: Beliau berperang bersama Rasulullah SAW sebanyak tiga peperangan. Beliau berkata: Rasulullah SAW pernah berkata kepada kami: ((Setelah kamu semua mengebumikan aku, dan menyiram air ke atas kuburanku, maka berdirilah di atas kuburku dalam keadaan menghadap kiblat dan berdoalah untukku.))[Riwayat al-Tabarani di dalam Kitab al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6649].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.