Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا أحببتَ رجلًا فلا تُمَارِهْ، ولا تُجَارِهْ، ولا تُشَارِهْ، ولا تَسْأَلْ عنه، فعسى إن توافقَ له عَدُوًّا، فيخبرَكَ بما ليس فيه، فيُفَرِّقَ ما بينك وبينه
Teks Bahasa Melayu
Jika kamu menyayangi seseorang, maka janganlah berbalah dengannya, jangan menzaliminya, jangan melakukan kejahatan kepadanya, dan janganlah bertanyakan tentang dirinya (kepada orang lain). Kerana boleh jadi kamu bertemu dengan musuhnya, lalu dia memberitahu kepada kamu perkara yang tidak terdapat pada dirinya. Kemudian dia memutuskan perhubungan antara kamu dengan dirinya.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 178, hadis no. 906. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن معاذ بن جبل - رضي الله عنه - ، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا أحببت رجلا فلا تماره، ولا تجاره، ولا تشاره، ولا تسأل عنه، فعسى أن توافق له عدوا، فيخبرك بما ليس فيه، فيفرق ما بينك وبينه. [عق، ابن السني، حل، ((الضعيفة)) (١٤٢٠)]
(Munkar) Daripada Muaz bin Jabal RA beliau berkata: Rasulullah SAW berkata: Jika kamu menyayangi seseorang maka janganlah berbalah dengannya, jangan menzaliminya, jangan melakukan kejahatan kepadanya, dan janganlah bertanyakan tentang dirinya (kepada orang lain). Kerana boleh jadi kamu bertemu dengan musuhnya, lalu dia memberitahu kepada kamu perkara yang tidak terdapat pada dirinya. Kemudian dia memutuskan perhubungan antara kamu dengan dirinya. [Riwayat Uqayli dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr Lil-‘Uqayl, ībn Al-Sunni, al-Hilyah oleh Abi Nu'aim, Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 1420]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman