Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذَا كَتَبَ أَحَدُكُمْ كِتَابًا فَلا يَكْتُبْ عَلَيْهِ: بَلَغ، فَإِنَّهُ اسْمُ شَيْطَانٍ، وَلَكِنْ يَكْتُبُ عَلَيْهِ: الله.
Teks Bahasa Melayu
Jika kamu menulis sesuatu kitab maka jangan ditulis padanya perkataan: "Balagha" (telah sampai kepadaku) kerana ia adalah nama Syaitan. Tetapi tulislah padanya perkataan Allah.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 54-55, hadis no. 23. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
موضوع، كذا في (اللآلىء).
Mawdu’ (Palsu). Begitu juga dalam (kitab) Al-Laali’.
Rujukan
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
Makluman