Jika kamu menjumpai orang yang mengambil cukai sepersepuluh (cukai Jahiliah), maka bunuhlah dia

TEKS BAHASA ARAB

إن لقيتم ‌عاشرا فاقتلوه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika kamu menjumpai orang yang mengambil cukai sepersepuluh (cukai Jahiliah), maka bunuhlah dia.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 602, hadis nombor 3114. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن مالك بن عتاهية – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إن لقيتم ‌عاشرا، فاقتلوه)). [حم، الحربي في ((غريب الحديث))، تخ، الروياني، ((الضعيفة)) (2434)].

(Lemah)
Daripada Malik bin Atahiah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Jika kamu menjumpai orang yang mengambil cukai sepersepuluh (cukai Jahiliah), maka bunuhlah dia.))
[Riwayat Imam Ahmad dalam Musnad, al-Harbi dalam Gharib al-Hadis, al-Dailami dalam al-Firdaus, Tarikh al-Kabir oleh al-Bukhari dan al-Ruyani. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2434].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs