Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن لقيتُمْ عاشرًا فاقتُلوه.
Teks Bahasa Melayu
Jika kamu menjumpai orang yang mengambil cukai sepersepuluh (cukai Jahiliah), maka bunuhlah dia.
Sahabat Perawi
- Malik bin Atahiah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 602, hadis no. 3114. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن مالك بن عتاهية - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إن لقيتم عاشرا، فاقتلوه)). [حم، الحربي في ((غريب الحديث))، تخ، الروياني، ((الضعيفة)) (2434)].
(Lemah) Daripada Malik bin Atahiah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Jika kamu menjumpai orang yang mengambil cukai sepersepuluh (cukai Jahiliah), maka bunuhlah dia.)) [Riwayat Imam Ahmad dalam Musnad, al-Harbi dalam Gharib al-Hadis, al-Dailami dalam al-Firdaus, Tarikh al-Kabir oleh al-Bukhari dan al-Ruyani. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2434].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman