Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا خَرَصتُم فَخُذُوا ودَعُوا، (دَعُوا) الثُّلُثَ، فإن لم تَدَعُوا الثُّلُثَ فدَعُوا الرُّبُعَ.
Teks Bahasa Melayu
Jika kamu mengira (kadar kurma atau anggur untuk pembayaran zakat) maka ambillah dan tinggalkan. Tinggalkan sepertiga jika kamu tidak tinggalkan sepertiga maka tinggalkanlah seperempat.
Sahabat Perawi
- Sahl bin Abi Hathmah
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 871, hadis no. 4458. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سهل بن أبي خثمة قال: إن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((إذا خرصتم فخذوا ودعوا، (دعوا) الثلث، فإن لم تدعوا الثلث فدعوا الربع)). [د، ن، ت، الدارمي، ابن خزيمة، حب، أبو عبيد في ((الأموال))، وكذا ابن زنجويه، ش، ك، الطيالسي، حم، ((الضعيفة)) (2556)].
(Lemah) Daripada Sahl bin Abi Hathmah berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Jika kamu mengira (kadar kurma atau anggur untuk pembayaran zakat) maka ambillah dan tinggalkan (sebahagian). Tinggalkan sepertiga, jika kamu tidak tinggalkan sepertiga, maka tinggalkanlah seperempat.” [Riwayat Abu Daud dalam Sunannya, al-Nasa’i dalam Sunannya, al-Tirmizi dalam Sunannya, al-Darimi dalam Sunannya, Ibn Khuzaimah dalam Sunannya, Ibn Hibban dalam Sahihnya, Abu Ubaid dalam al-Amwal, begitu juga Ibn Zanjawaih, Ibn Abi Syaibah dalam Musannafnya, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Tayalisi dalam musnadnya dan Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2556].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman