Jika kamu mengira (kadar kurma atau anggur) maka ambillah dan tinggalkan

TEKS BAHASA ARAB

إذا خرصتم فخذوا ودعوا، (دعوا) الثلث، فإن لم تدعوا الثلث فدعوا الربع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika kamu mengira (kadar kurma atau anggur untuk pembayaran zakat) maka ambillah dan tinggalkan. Tinggalkan sepertiga jika kamu tidak tinggalkan sepertiga maka tinggalkanlah seperempat.

STATUS

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 871, hadis nombor 4458. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سهل بن أبي خثمة قال: إن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((إذا خرصتم فخذوا ودعوا، (دعوا) الثلث، فإن لم تدعوا الثلث فدعوا الربع)). [د، ن، ت، الدارمي، ابن خزيمة، حب، أبو عبيد في ((الأموال))، وكذا ابن زنجويه، ش، ك، الطيالسي، حم، ((الضعيفة)) (2556)].

(Lemah)
Daripada Sahl bin Abi Hathmah berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Jika kamu mengira (kadar kurma atau anggur untuk pembayaran zakat) maka ambillah dan tinggalkan (sebahagian). Tinggalkan sepertiga, jika kamu tidak tinggalkan sepertiga, maka tinggalkanlah seperempat.”
[Riwayat Abu Daud dalam Sunannya, al-Nasa’i dalam Sunannya, al-Tirmizi dalam Sunannya, al-Darimi dalam Sunannya, Ibn Khuzaimah dalam Sunannya, Ibn Hibban dalam Sahihnya, Abu Ubaid dalam al-Amwal, begitu juga Ibn Zanjawaih, Ibn Abi Syaibah dalam Musannafnya, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Tayalisi dalam musnadnya dan Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2556].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs