Jika kamu menghadapai suatu urusan yang besar maka sebutlah: Cukuplah Allah bagiku dan Dialah sebaik-baik tempat aku berserah

TEKS BAHASA ARAB

إذا وقعتم في الأمر العظيم؛ فقولوا: {حسبنا الله ونعم الوكيل}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika kamu menghadapai suatu urusan yang besar maka sebutlah: "Cukuplah Allah bagiku dan Dialah sebaik-baik tempat aku berserah".

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1573, hadis nombor 7962. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((إذا وقعتم في الأمر العظيم؛ فقولوا: {حسبنا الله ونعم الوكيل})) [ابن مردويه، ((الضعيفة)) (7002)].

(Sangat lemah)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: baginda SAW bersabda: Jika kamu menghadapai suatu urusan yang besar maka sebutlah: "Cukuplah Allah bagiku dan Dialah sebaik-baik tempat aku berserah". [Riwayat Ibn Mardawaih, lihat Silsilah al-Da'ifah, no.7002].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs