Jika kamu mengetahui tentang dunia ini sebagaimana yang aku tahu

TEKS BAHASA ARAB

لو تعلمون من الدنيا ما أعلم؛ لاستراحت أنفسكم منها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika kamu mengetahui tentang dunia ini sebagaimana yang aku tahu, nescaya jiwa kamu pasti akan berehat daripadanya (tidak risau akan dunia).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 616, hadis nombor 3213. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الزبير بن العوام – رضي الله عنه – مرفوعا، وعن عروة مرسلا: ((لو تعلمون من الدنيا ما أعلم؛ لاستراحت أنفسكم منها)). [ابن شمعون في ((الأمالي))، ك، ((الضعيفة)) (4356)].

(Lemah)
Daripada al-Zubair bin al-Awwam RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW), daripada Urwah secara mursal: ((Jika kamu mengetahui tentang dunia ini sebagaimana yang aku tahu, nescaya jiwa kamu pasti akan berehat daripadanya (tidak risau akan dunia).))
[Riwayat Ibn Sham’un dalam al-Amali, al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4356].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs