Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لو تعلَمونَ مِنَ الدُّنيا ما أعلمُ لاستراحَت أنفسُكُم مِنها.
Teks Bahasa Melayu
Jika kamu mengetahui tentang dunia ini sebagaimana yang aku tahu, nescaya jiwa kamu pasti akan berehat daripadanya (tidak risau akan dunia).
Sahabat Perawi
- Zubair bin al-Awwam RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 616, hadis no. 3213. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الزبير بن العوام - رضي الله عنه - مرفوعا، وعن عروة مرسلا: ((لو تعلمون من الدنيا ما أعلم؛ لاستراحت أنفسكم منها)). [ابن شمعون في ((الأمالي))، ك، ((الضعيفة)) (4356)].
(Lemah) Daripada al-Zubair bin al-Awwam RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW), daripada Urwah secara mursal: ((Jika kamu mengetahui tentang dunia ini sebagaimana yang aku tahu, nescaya jiwa kamu pasti akan berehat daripadanya (tidak risau akan dunia).)) [Riwayat Ibn Sham’un dalam al-Amali, al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4356].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman