Jika kamu mendengar satu seruan, maka jawablah ia

TEKS BAHASA ARAB

إذا سمعت النداء فأجب، وعليك السكينة، فإن أصبت فرجة وإلا فلا تضيق على أخيك، واقرأ بها تسمع أذنيك، ولا تؤذ جارك، وصل صلاة مودع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika kamu mendengar satu seruan, maka jawablah ia, dan wajib ke atasmu ketenangan, dan jika dapat isilah kerenggangan saf, dan jika tidak maka janganlah disempitkan di antara saudara-saudaramu, bacalah apa yang telinga kamu dengari, janganlah kamu menyakiti jiranmu, dan solatlah seperti solat orang yang ingin meninggal dunia.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2004, hadis nombor 10053. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعاً: إذا سمعت النداء فأجب، وعليك السكينة، فإن أصبت فرجة وإلا فلا تضيق على أخيك، واقرأ بها تسمع أذنيك، ولا تؤذ جارك، وصل صلاة مودع.
[ابن الأعرابي، ابن دوست العلاف في ((الأمالي))، الضياء، فر، ((الضعيفة)) (2569)]

(Sangat Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA -diriwayat secara marfu’-: Jika kamu mendengar satu seruan, maka jawablah ia, dan wajib ke atasmu ketenangan, dan jika dapat isilah kerenggangan saf, dan jika tidak maka janganlah disempitkan di antara saudara-saudaramu, bacalah apa yang telinga kamu dengari, janganlah kamu menyakiti jiranmu, dan solatlah seperti solat orang yang ingin meninggal dunia.
[Riwayat Ibn al-A’rabi, Ibn Dust al-‘Ilaf dalam al-Amali, al-Diya’ dan kitab al-Firdaus oleh al-Dailamy. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2569]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs