Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Jika kamu menamakannya Muhammad maka janganlah kamu menentangnya

Teks Bahasa Arab

إذا سَمَّيْتُمُوهُ مُحَمَّدًا فلا تُجَبِّهُوه، ولا تَحْرِمُوهُ، ولا تُقَبِّحُوهُ، بُورِكَ في مُحَمَّدٍ، وفي بيتٍ فيه مُحَمَّدٌ ومَجْلِسٍ فيه مُحَمَّدٌ.

Teks Bahasa Melayu

Jika kamu menamakannya Muhammad maka janganlah kamu menentangnya, mengharamkannya (menghalangnya daripada kebaikan dan ihsan), serta mencelanya, sesungguhnya akan diberkati pada (orang yang bernama) Muhammad, dan pada rumah yang ada Muhammad serta majlis yang ada Muhammad.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 605, hadis no. 3135. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إذا ‌سميتموه محمدا فلا تجبهوه، ولا تحرموه، ولا تقبحوه، بورك في محمد، وفي بيت فيه محمد، ومجلس فيه محمد)). [فر، ((الضعيفة)) (2574)].

(Lemah) Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Jika kamu menamakannya Muhammad maka janganlah kamu menentangnya, mengharamkannya (menghalangnya daripada kebaikan dan ihsan), serta mencelanya, sesungguhnya akan diberkati pada (orang yang bernama) Muhammad, dan pada rumah yang ada Muhammad serta majlis yang ada Muhammad.)) [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2574].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.