Jika kamu menamakan anak lelaki dengan “Muhammad"

TEKS BAHASA ARAB

إذا سميتم الولد محمدا فأكرموه، وأوسعوا له في المجلس، ولا تقبحوا له وجها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika kamu menamakan anak lelaki dengan “Muhammad”, maka hormatilah dia, lapangkanlah untuknya dalam suatu majlis, dan janganlah kamu memburukkan wajahnya.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 929, hadis nombor 4780. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا سميتم الولد محمدا فأكرموه، وأوسعوا له في المجلس، ولا تقبحوا له وجها)).
[ابن النجار في ((ذيل تاريخ بغداد))، ((الضعيفة)) (2573)].

(Sangat Lemah)
Diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jika kamu menamakan anak lelaki dengan “Muhammad”, maka hormatilah dia, lapangkanlah untuknya dalam suatu majlis, dan janganlah kamu memburukkan wajahnya.
[Riwayat Ibn al- Najjar dalam Zail fi al-Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2573].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.