Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذَا سميتُم الوَلدَ محمدًا فأكرِمُوه، وأوسِعُوا لَهُ في المجلِسِ، ولا تُقَبِّحُوا لَهُ وجهًا.
Teks Bahasa Melayu
Jika kamu menamakan anak lelaki dengan “Muhammad”, maka hormatilah dia, lapangkanlah untuknya dalam suatu majlis, dan janganlah kamu memburukkan wajahnya.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 929, hadis no. 4780. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه - مرفوعا: إذا سميتم الولد محمدا فأكرموه، وأوسعوا له في المجلس، ولا تقبحوا له وجها. [ابن النجار في ذيل تاريخ بغداد، الضعيفة (2573)].
(Sangat Lemah) Diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jika kamu menamakan anak lelaki dengan “Muhammad”, maka hormatilah dia, lapangkanlah untuknya dalam suatu majlis, dan janganlah kamu memburukkan wajahnya. [Riwayat Ibn al- Najjar dalam Zail fi al-Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2573].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman