Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Jika kamu menamakan anak kamu dengan “Muhammad” maka janganlah kamu memukul dan menyangkalnya

Teks Bahasa Arab

إذا سَمَّيْتُم مُحَمَّدًا فلا تَضْرِبُوه ولا تَحْرِمُوه.

Teks Bahasa Melayu

Jika kamu menamakan anak kamu dengan “Muhammad”, maka janganlah kamu memukul dan menyangkalnya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abi Rafi’
  2. ayahnya RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 929, hadis no. 4781. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن أبي رافع عن أبيه - رضي الله عنه - مرفوعا: إذا سميتم محمدا فلا تضربوه ولا تحرموه. [البزار، الضعيفة (2649)].

(Lemah) Diriwayatkan daripada Abdullah bin Abi Rafi’ daripada ayahnya RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jika kamu menamakan anak kamu dengan “Muhammad”, maka janganlah kamu memukul dan menyangkalnya. [Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2649].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.