Jika kamu meminta daripada Allah rezeki maka mintalah yang halal

TEKS BAHASA ARAB

إذا سأل أحدكم الرزق فليسأل الحلال، ‌فإن ‌الله ‌يرزق الحلال والحرام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika kamu meminta daripada Allah rezeki maka mintalah yang halal, sesungguhnya Allah memberikan rezeki (ada) yang halal dan (ada) yang haram.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 605, hadis nombor 3134. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا سأل أحدكم الرزق فليسأل الحلال، ‌فإن ‌الله ‌يرزق الحلال والحرام)). [عد، ((الضعيفة)) (2562)].

(Lemah)
Daripada Abu Said al-Khudri RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Jika kamu meminta daripada Allah rezeki maka mintalah yang halal, sesungguhnya Allah memberikan rezeki (ada) yang halal dan (ada) yang haram.))
[Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil al-Dhu’afa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2562].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs