Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا سألَ أحدُكُمُ الرِّزقَ فليسألِ الحلالَ، فإنَّ اللَّهَ يرزقُ الحلالَ والحرامَ.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 605, hadis no. 3134. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إذا سأل أحدكم الرزق فليسأل الحلال، فإن الله يرزق الحلال والحرام)). [عد، ((الضعيفة)) (2562)].
(Lemah) Daripada Abu Said al-Khudri RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Jika kamu meminta daripada Allah rezeki maka mintalah yang halal, sesungguhnya Allah memberikan rezeki (ada) yang halal dan (ada) yang haram.)) [Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil al-Dhu’afa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2562].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman