Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا رَأَيْتَ كُلَّما طَلَبْتَ شيئًا من أمرِ الآخِرَةِ وابْتَغَيْتَهُ يُسِّرَ لك، وإذا أَرَدْتَ شيئًا من أمرِ الدنيا وابْتَغَيْتَهُ عُسِّرَ عليكَ، فاعْلَمْ أنك على حالٍ حسنةٍ، وإذا رَأَيْتَ كُلَّما طَلَبْتَ شيئًا من أمرِ الآخرةِ، وابْتَغَيْتَهُ عُسِّرَ عليكَ، وإذا طَلَبْتَ شيئًا من أمرِ الدنيا وابْتَغَيْتَهُ يُسِّرَ لكَ، فأنت على حالٍ قبيحةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Jika kamu melihat setiap kali engkau meminta sesuatu dari perkara akhirat dan kamu mengingininya lalu dimudahkan kepada kamu, dan jika kamu melihat setiap kali engkau meminta sesuatu dari perkara dunia dan kamu mengingininya lalu disusahkan kepada kamu, maka ketahuilah engkau dalam keadaan yang baik. Jika kamu melihat setiap kali engkau meminta sesuatu dari perkara akhirat dan kamu mengingininya lalu disusahkan kepada kamu, dan jika kamu melihat setiap kali engkau meminta sesuatu dari perkara dunia dan kamu mengingininya lalu dimudahkan bagi kamu, ketahuilah kamu berada dalam keadaan yang buruk.
Sahabat Perawi
- Sa’id bin Abi Sa’id
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 607 - 608, hadis no. 3152. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Sa’id bin Abi Sa’id bahawa seorang lelaki berkata: "Wahai Rasulullah! Bagaimana aku ingin mengetahui perihal diriku?" Nabi bersabda: ((Jika kamu melihat setiap kali engkau meminta sesuatu dari perkara akhirat dan kamu mengingininya lalu dimudahkan kepada kamu, dan jika kamu melihat setiap kali engkau meminta sesuatu dari perkara dunia dan kamu mengingininya lalu disusahkan kepada kamu, maka ketahuilah engkau dalam keadaan yang baik. Jika kamu melihat setiap kali engkau meminta sesuatu dari perkara akhirat dan kamu mengingininya lalu disusahkan kepada kamu, dan jika kamu melihat setiap kali engkau meminta sesuatu dari perkara dunia dan kamu mengingininya lalu dimudahkan bagi kamu, ketahuilah kamu berada dalam keadaan yang buruk.)) [Riwayat Ibn al-Mubarak dalam al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2528]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman