TEKS BAHASA ARAB
إذا رأيتم أمراً لا تستطيعون تغييره؛ فاصبروا حتى يكون الله الذي يغيّره.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jika kamu melihat sesuatu perkara yang tidak mampu diubah, maka bersabarlah sehingga Allah sendiri yang mengubahnya.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2004, hadis nombor 10051. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا)
عن أبي أمامة · الله عنه – مرفوعاً: إذا رأيتم أمراً لا تستطيعون تغييره؛ فاصبروا حتى يكون الله الذي يغيّره.
[عد، هب، ((الضعيفة)) (2527)]
(Sangat Lemah)
Daripada Abu Umamah RA -diriwayat secara marfu’-: Jika kamu melihat sesuatu perkara yang tidak mampu diubah, maka bersabarlah sehingga Allah sendiri yang mengubahnya.
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil dan al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2527]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.