Tidak ada asal bagi Hadith mengikut lafaz ini,
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذَا رَأَيْتُمْ مَنْ يَجْهَرُ بِالْقِرَاءَةِ فِي النَّهَارِ؛ فَارْمُوهُ بِالبَعْرِ.
Teks Bahasa Melayu
Jika kamu melihat sesiapa yang membaca dengan kuat pada siang hari, maka lemparilah dia dengan ketulan najis.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Tidak ada asal bagi Hadith mengikut lafaz ini,
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1500, hadis no. 7649. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(لا أصل له بهذا اللفظ) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم- : ((إذا رأيتم من يجهر بالقراءة في النهار؛ فارموه بالبعر)). [((الضعيفة)) (5328)].
(Tiada asal bagi hadith ini mengikut lafaz ini) Daripada Abi Hurairah RA, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jika kamu melihat sesiapa yang membaca dengan kuat pada siang hari, maka lemparilah dia dengan ketulan najis.” [Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5328].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman