Jika kamu melihat seseorang yang kuning wajahnya

TEKS BAHASA ARAB

إذا رأيتم الرجل ‌أصفر ‌الوجه من غير مرض ولا عبادة، فذاك من غشّ الإسلام في قلبه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika kamu melihat seseorang yang kuning wajahnya sedangkan dia tidak sakit dan tidak beribadah, maka itu ialah tanda kebencian terhadap Islam di dalam hatinya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 646, hadis nombor 3343. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه-، قال: قال رسول اللہ ﷺ: «إذا رأيتم الرجل أصفر الوجه من غير مرض ولا عبادة، فذاك من غش الإسلام في قلبه» . [ابو نعيم في «كتاب الطب»، «الضعيفة» (6576)].

(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Jika kamu melihat seseorang yang kuning wajahnya sedangkan dia tidak sakit dan tidak beribadah, maka itu ialah tanda kebencian terhadap Islam di dalam hatinya.” [Riwayat Abu Nuaim dalam Kitab al-Tibb. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6576]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs