Jika kamu melihat seseorang lelaki itu dibunuh dalam keadaan diikat

TEKS BAHASA ARAB

إذا رأيتم الرجل يقتل صبراً، فلا تحضروا مكانه، لعله أن يقتل مظلوماً فتنزل السخطة فيصيبكم معه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika kamu melihat seseorang lelaki itu dibunuh dalam keadaan diikat (bukan peperangan) maka janganlah pergi ke tempatnya, boleh jadi dia dibunuh dalam keadaan dizalimi, lalu diturunkan kemurkaan lalu ia menimpa kamu bersamanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2003, hadis nombor 10049. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن خرشة بن الحارث – رضي الله عنه-، قال: قال رسول اللہ ﷺ: إذا رأيتم الرجل يقتل صبراً، فلا تحضروا مكانه، لعله أن يقتل مظلوماً فتنزل السخطة فيصيبكم معه.
[ابن سعد، حم، طب، ابن منده، ((الضعيفة)) (2505)]

(Lemah)
Daripada Khurshah bin al-Harith RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Jika kamu melihat seseorang lelaki itu dibunuh dalam keadaan diikat (bukan peperangan) maka janganlah pergi ke tempatnya, boleh jadi dia dibunuh dalam keadaan dizalimi, lalu diturunkan kemurkaan lalu ia menimpa kamu bersamanya.
[Riwayat Ibn Sa’ad, Musnad Ahmad bin Hanbal, al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Ibn Mandah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2505]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs