Jika kamu melihat seseorang hamba itu diuji Allah dengan kefakiran dan kesakitan

TEKS BAHASA ARAB

إذا رأيتم العبد الم الله به الفقر والمرض فإن الله يريد أن يصافيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika kamu melihat seseorang hamba itu diuji Allah dengan kefakiran dan kesakitan, maka ketahuilah bahawa Allah ingin menyucikannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2004, hadis nombor 10050. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن علي – رضي الله عنه – مرفوعاً: إذا رأيتم العبد الم الله به الفقر والمرض فإن الله يريد أن يصافيه.
[فر، ((الضعيفة)) (2506)]

(Palsu)
Daripada Ali RA-diriwayat secara marfu’: Jika kamu melihat seseorang hamba itu diuji Allah dengan kefakiran dan kesakitan, maka ketahuilah bahawa Allah ingin menyucikannya.
[Diriwayatkan dalam kitab al-Firdaus oleh al-Dailamy. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2506]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs