Jika kamu melihat seseorang dibunuh dalam keadaan dia sabar

TEKS BAHASA ARAB

إذا رأيتم الرجل ‌يقتل ‌صبرا، فلا تحضروا مكانه؛ لعله أن يقتل مظلوما فتنزل السخطة فيصيبكم معه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika kamu melihat seseorang dibunuh dalam keadaan dia sabar, janganlah kamu menghadiri tempatnya, barangkali dia dibunuh secara zalim lalu turunlah kemurkaan dan kamu ditimpa bersamanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 786, hadis nombor 4035. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن خرشة بن الحارث صاحب النبي صلى الله عليه وسلم: إذا رأيتم الرجل ‌يقتل ‌صبرا، فلا تحضروا مكانه؛ لعله أن يقتل مظلوما فتنزل السخطة فيصيبكم معه. [ابن سعد، حم، طب، ابن منده، ((الضعيفة)) (2505)]

(Lemah) Daripada Kharsyah bin al-Harith RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Jika kamu melihat seseorang dibunuh dalam keadaan dia sabar, janganlah kamu menghadiri tempatnya, barangkali dia dibunuh secara zalim lalu turunlah kemurkaan dan kamu ditimpa bersamanya.” [Riwayat Ibn Sa’d dalam al-Tabaqat al-Kubra, Ahmad bin Hanbal dalam al-Musnad, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibn Mandah dalam Mu’jam al-Sahabat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2505]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs