Jika kamu melihat seorang Qari mendampingi penguasa maka ketahuilah dia adalah pencuri

TEKS BAHASA ARAB

إذا رأيت القارىء يلوذ بالسلطان فاعلم أنه لص، إذا رأيته يلوذ بالأغبياء فاعلم أنه مراء، وإياك أن تخدع فيقال لك : تشفع وتدرأ عن مظلوم، أو ترد مظلمة، فإن هذه خدعة إبليس، اتخذها فجار القراء سلما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika kamu melihat seorang Qari mendampingi penguasa maka ketahuilah dia adalah pencuri, dan jika kamu melihatnya mendampingi orang-orang yang bodoh maka ketahuilah dia sedang menunjuk-nunjuk, hindarilah kamu daripada diperdaya dan dikatakan kepada kamu: Kamu memberi syafaat dan mengelak daripada orang yang dizalimi dan menolak kezaliman kerana sesungguhnya ia adalah tipu daya iblis, ia dilakukan oleh para Qari sebagai tangga.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 53-54, hadis nombor 19. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

من قول الثوري.
وكذا من قوله: إني لألقى الرجل أبغضه فيقول لي كيف أصبحت فيلين له قلبي فكيف بمن أكل ثريدهم ووطىء بساطهم ومن ثم ورد اللهم لا تجعل لفاجر عبدي نعمة يرعاه قلبي وقيل ما أقبح أن يطلب العالم فيقال هو بباب الأمير.

Ia adalah kata-kata al-Thawri.
Begitu juga kata-katanya: Aku bertemu dengan orang yang aku benci lalu dia berkata kepadaku: “Apa khabarmu hari ini?” Lalu hatiku menjadi lembut kepadanya. Bagaimana pula dengan orang yang makan Tharid (sejenis makanan) bersama mereka dan tinggal di rumah mereka kemudian disebutkan doa: Ya Allah, jangan engkau berikan nikmat kepada hamba yang bermaksiat dan dihayati oleh hatiku. Dikatakan: Apakah yang lebih teruk dari keadaan seorang alim dicari lalu dikatakan: Dia berada di pintu pemerintah.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.