Jika kamu melihat satu umat daripada kalangan umat-umat dan bilangan mereka 40 orang dan ke atas

TEKS BAHASA ARAB

إذا شهدت أمة من الأمم، وهم أربعون فصاعدا أجاز الله شهادتهم. أو قال: صدق شهادتهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika bersaksi satu umat daripada kalangan kebanyakan umat dan bilangan mereka 40 orang dan ke atas, maka Allah menerima penyaksian mereka atau Baginda berkata: membenarkan penyaksian mereka.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1729, hadis nombor 8699. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أسامة الهذلي، عن نبي الله -صلى الله عليه وسلم-: ((إذا شهدت أمة من الأمم، وهم أربعون فصاعدا أجاز الله شهادتهم. أو قال: صدق شهادتهم.)) [حم، البزار، ((الضعيفة)) (2664)].

(Munkar)
Daripada Usamah al-Huzali, daripada Nabi Allah -SAW- baginda bersabda: ((Jika bersaksi satu umat daripada kalangan kebanyakan umat dan bilangan mereka 40 orang dan ke atas, maka Allah menerima penyaksian mereka atau Baginda berkata: membenarkan penyaksian mereka.))
[Riwayat Ahmad dalam Musnadnya dan al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 2664].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs