Jika kamu melihat orang yang diuji, maka sebutlah: Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakanku kepada-Mu, dan juga kurniaan yang banyak kepada hamba-hambaNya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا رأى أحدكم مبتلى، فليقل: الحمد لله الذي فضلني عليك، وعلى كثير من عباده تفضيلا، فإذا قال ذلك فقد شكر تلك النعمة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila salah seorang di antara kamu melihat orang yang diuji, maka sebutlah:
الحمد لله الذي فضلني عليك، وعلى كثير من عباده تفضيلا
"Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan ku kepada-Mu, dan juga kurniaan yang banyak kepada hamba-hambanya".
Maka apabila dia berkata sebegitu, dia telah mensyukuri nikmat tersebut.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1571, hadis nombor 7954. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بجملة : الشكر) عن أبي هريرة- رضي الله عنه-، مرفوعا: (( إذا رأى أحدكم مبتلى، فليقل: الحمد لله الذي فضلني عليك، وعلى كثير من عباده تفضيلا، فإذا قال ذلك فقد شكر تلك النعمة)). [البزار، الخرائطي في ((فضيلة الشكر))، عد، طس، طص، هب، ((الضعيفة)) (6889/م)].

(Munkar dengan tambahan ayat syukur) Daripada Abu Hurairah RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila salah seorang di antara kamu melihat orang yang diuji, maka sebutlah:
الحمد لله الذي فضلني عليك، وعلى كثير من عباده تفضيلا
"Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan ku kepada-Mu, dan juga kurniaan yang banyak kepada hamba-hambanya".
Maka apabila dia berkata sebegitu, dia telah mensyukuri nikmat tersebut.
[Diriwayatkan oleh al-Bazzar, al-Kharaiti dalam Kitab Fadhilah al-Syukr, Ibn ‘Adi dalam Kitab al-Kamil, al-Tabarani dalam Kitab al-Awsat, al-Tabarani dalam Kitab al-Saghir dan al-Baihaqi dalam Kitab Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6889م].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.