Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا رأى أحدكم مبتلى، فليقل: الحمد لله الذي فضلني عليك، وعلى كثير من عباده تفضيلا، فإذا قال ذلك فقد شكر تلك النعمة.
Teks Bahasa Melayu
Apabila salah seorang di antara kamu melihat orang yang diuji, maka sebutlah: الحمد لله الذي فضلني عليك، وعلى كثير من عباده تفضيلا "Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan ku kepada-Mu, dan juga kurniaan yang banyak kepada hamba-hambanya". Maka apabila dia berkata sebegitu, dia telah mensyukuri nikmat tersebut.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1571, hadis no. 7954. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بجملة : الشكر) عن أبي هريرة- رضي الله عنه-، مرفوعا: (( إذا رأى أحدكم مبتلى، فليقل: الحمد لله الذي فضلني عليك، وعلى كثير من عباده تفضيلا، فإذا قال ذلك فقد شكر تلك النعمة)). [البزار، الخرائطي في ((فضيلة الشكر))، عد، طس، طص، هب، ((الضعيفة)) (6889/م)].
(Munkar dengan tambahan ayat syukur) Daripada Abu Hurairah RA, secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila salah seorang di antara kamu melihat orang yang diuji, maka sebutlah: الحمد لله الذي فضلني عليك، وعلى كثير من عباده تفضيلا "Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan ku kepada-Mu, dan juga kurniaan yang banyak kepada hamba-hambanya". Maka apabila dia berkata sebegitu, dia telah mensyukuri nikmat tersebut. [Diriwayatkan oleh al-Bazzar, al-Kharaiti dalam Kitab Fadhilah al-Syukr, Ibn ‘Adi dalam Kitab al-Kamil, al-Tabarani dalam Kitab al-Awsat, al-Tabarani dalam Kitab al-Saghir dan al-Baihaqi dalam Kitab Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6889م].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman