Jika kamu melihat orang alim bergaul dengan pemerintah

TEKS BAHASA ARAB

إذا رأيت العالم يخالط السلطان مخالطة كثيرة فاعلم أنه لص.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika kamu melihat orang alim bergaul dengan pemerintah dengan pergaulan yang banyak, maka ketahuilah bahawa dia itu pencuri.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2003, hadis nombor 10048. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول اللہ ﷺ: إذا رأيت العالم يخالط السلطان مخالطة كثيرة فاعلم أنه لص.
[فر، ((الضعيفة)) ((2526)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Jika kamu melihat orang alim bergaul dengan pemerintah dengan pergaulan yang banyak, maka ketahuilah bahawa dia itu pencuri.
[Diriwayatkan dalam kitab al-Firdaus oleh al-Dailamy. Lihat Sisliah al-Da’ifah, no. 2526]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs