Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا رأيتُ العالِمَ يُخالِطُ السلطانَ مُخالَطَةً كثيرةً فاعلَمْ أنه لِصٌّ.
Teks Bahasa Melayu
Jika kamu melihat orang alim bergaul dengan pemerintah dengan pergaulan yang banyak, maka ketahuilah bahawa dia itu pencuri.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2003, hadis no. 10048. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Jika kamu melihat orang alim bergaul dengan pemerintah dengan pergaulan yang banyak, maka ketahuilah bahawa dia itu pencuri. [Diriwayatkan dalam kitab al-Firdaus oleh al-Dailamy. Lihat Sisliah al-Da’ifah, no. 2526]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman