Jika kamu melihat kepada ajal dan perjalanannya, nescaya kamu akan marah kepada cita-cita dan tipu dayanya

TEKS BAHASA ARAB

كم من مستقبل يوما لا يستكمله! ومنتظر غدا لا يبلغه! لو تنظرون إلى الأجل ومسيره؛ لأبغضتم الأمل وغروره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berapa ramai yang menunggu hari namun tidak dapat menghabiskannya! Yang menunggu hari esok namun tidak kesampaian! Jika kamu melihat kepada ajal dan perjalanannya, nescaya kamu akan marah kepada cita-cita dan tipu dayanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 616, hadis nombor 3212. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عون بن عبدالله أنه كان يقول [ولم يرفعه]: ((كم من مستقبل يوماً لا يستكمله! ومنتظر غداً لا يبلغه! لو تنظرون إلى الأجل ومسيره؛ لأبغضتم الأمل وغروره)). [ابن المبارك، حل، ((الضعيفة)) (4121)].

(Lemah)
Daripada Aun bin Abdullah bahawa dia berkata bukan secara marfu’ (tidak disandarkan kepada Nabi SAW): Berapa ramai yang menunggu hari namun tidak dapat menghabiskannya! Yang menunggu hari esok namun tidak kesampaian! Jika kamu melihat kepada ajal dan perjalanannya, nescaya kamu akan marah kepada cita-cita dan tipu dayanya.
[Riwayat Ibn al-Mubarak dalam al-Zuhd, al-Hilyah oleh Abu Nu’aym. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4121] .

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs