Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كمْ منْ مستقبلٍ يومًا لا يستكملُهُ ! ومنتظرٍ غدًا لا يبلغُهُ ! لو تنظرونَ إلى الأجلِ ومسيرهِ؛ لأبغضتم الأمل وغروره.
Teks Bahasa Melayu
Berapa ramai yang menunggu hari namun tidak dapat menghabiskannya! Yang menunggu hari esok namun tidak kesampaian! Jika kamu melihat kepada ajal dan perjalanannya, nescaya kamu akan marah kepada cita-cita dan tipu dayanya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 616, hadis no. 3212. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عون بن عبد الله أنه كان يقول [ولم يرفعه]: ((كم من مستقبل يوماً لا يستكمله! ومنتظر غداً لا يبلغه! لو تنظرون إلى الأجل ومسيره؛ لأبغضتم الأمل وغروره)). [ابن المبارك، حل، ((الضعيفة)) (4121)].
(Lemah) Daripada Aun bin Abdullah bahawa dia berkata bukan secara marfu’ (tidak disandarkan kepada Nabi SAW): Berapa ramai yang menunggu hari namun tidak dapat menghabiskannya! Yang menunggu hari esok namun tidak kesampaian! Jika kamu melihat kepada ajal dan perjalanannya, nescaya kamu akan marah kepada cita-cita dan tipu dayanya. [Riwayat Ibn al-Mubarak dalam al-Zuhd, al-Hilyah oleh Abu Nu'aym. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4121] .
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman