Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Jika kamu melihat burung di syurga, lalu kamu menginginkannya

Teks Bahasa Arab

إن لتنظرُ إلى الطيرِ في الجنةِ، فتشتهيهِ، فيَخِرُّ بينَ يدَيكَ مشويًّا.

Teks Bahasa Melayu

Jika kamu melihat burung di syurga, lalu kamu menginginkannya, ia akan datang (jatuh) ke tanganmu dalam keadaan sudah dipanggang.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Mas’ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 705, hadis no. 3607. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبدالله بن مسعود رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: إن لتنظر إلى الطير في الجنة، فتشتهيه، فيخر بين يديك مشويا. [الحسن بن عرفة في ((جزئه))، البزار، ابن أبي الدنيا في ((صفة الجنة))، أبو يعلى في ((المسند الكبير))، عق، الشاشي، الحسن المروزي ويحيى بن صاعد في ((زواند زهد ابن المبارك))، عد، البيهقي في ((البعث))، ((الضعيفة)) (6784)].

(Sangat Lemah) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jika kamu melihat burung di syurga, lalu kamu menginginkannya, ia akan datang (jatuh) ke tanganmu dalam keadaan sudah dipanggang. [Riwayat al-Hasan bin 'Arafah dalam Juznya, al-Bazzar dalam Musnadnya, Ibn Abi al-Dunya dalam Sifat al-Jannah, Abu Ya’la dalam Musnad al-Kabir, al-Uqaili dalam al-Du'afa’ al-Kabir, al-Syasyi, al-Hasan al-Marwazi dan Yahya bin Sa'id dalam Zawa'id Zuhd bin al-Mubarak, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa’, al-Baihaqi dalam al-Ba’thu. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6784].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.