Jika kamu meletakkan sebelah badanmu di atas katil dan membaca surah al-Fatihah serta surah al-Ikhlas

TEKS BAHASA ARAB

إذا وضعت جنبك على الفراش، وقرأت فاتحة الكتاب و [قل هو الله أحد]؛ فقد أمنت من كل شيء إلا الموت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika kamu meletakkan sebelah badanmu di atas katil dan membaca surah al-Fatihah serta surah al-Ikhlas, maka terselamatlah kamu dari segala benda melainkan kematian.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1500, hadis nombor 7650. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((إذا وضعت جنبك على الفراش، وقرأت فاتحة الكتاب و[قل هو الله أحد]؛ فقد أمنت من كل شيء إلا الموت)). [البزار، ((الضعيفة)) (5062)].

(Lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jika kamu meletakkan sebelah badanmu di atas katil dan membaca surah al-Fatihah serta surah al-Ikhlas, maka terselamatlah kamu dari segala benda melainkan kematian.” [Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5062].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs