Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذَا وَضَعْتَ جَنْبَكَ عَلَى الْفِرَاشِ، وَقَرَأْتَ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ وَ[قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ]؛ فَقَدْ أَمِنْتَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ إِلِّا المَوْتَ
Teks Bahasa Melayu
Jika kamu meletakkan sebelah badanmu di atas katil dan membaca surah al-Fatihah serta surah al-Ikhlas, maka terselamatlah kamu dari segala benda melainkan kematian.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1500, hadis no. 7650. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((إذا وضعت جنبك على الفراش، وقرأت فاتحة الكتاب و[قل هو الله أحد]؛ فقد أمنت من كل شيء إلا الموت)). [البزار، ((الضعيفة)) (5062)].
(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jika kamu meletakkan sebelah badanmu di atas katil dan membaca surah al-Fatihah serta surah al-Ikhlas, maka terselamatlah kamu dari segala benda melainkan kematian.” [Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5062].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman