TEKS BAHASA ARAB
إذا عملت عشر سيئات فاعمل حسنة تحدرهن بها.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jika kamu melakukan sepuluh kejahatan, lakukanlah satu kebaikan ia akan melunturkan kejahatan tersebut.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2077, hadis nombor 10420. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن عمرو بن الأسود: أن معاذاً لما بعثه رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى اليمن؛ قال: أوصني بكلمة أعيش بها، قال: لا تشرك بالله شيئا. قال: زدني، قال: حسن الخلق. قال: زدني، قال: إذا عملت عشر سيئات، فاعمل حسنة تحدرهن بها. فقال رجل من الأنصار: أومن الحسنات أن أقول: لا إله إلا الله؟ قال: نعم، أحسن الحسنات؛ إنها تكتب عشر حسنات وتمحو عشر سيئات. [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (7144)]
(Lemah)
Daripada ‘Amr bin al-Aswad: Bahawasanya Mu‘āż ketika dia diutuskan oleh Rasulullah SAW ke Yaman, dia berkata: Wasiatkanlah aku dengan satu kalimah untuk aku hidup dengannya. Baginda bersabda: Janganlah kamu menyekutukan Allah dengan sesuatu. Mu‘āż berkata: Tambahlah lagi untukku. Baginda berkata: Perbaikilah akhlak. Mu‘āż berkata: Tambahlah lagi untukku. Baginda berkata: Jika kamu melakukan sepuluh kejahatan, lakukanlah satu kebaikan ia akan melunturkan kejahatan tersebut. Seorang lelaki dalam kalangan kaum Ansar bertanya: Adakah daripada bentuk-bentuk kebaikan jika saya mengatakan kalimah Tiada tuhan selain Allah? Baginda berkata: Benar, ia adalah sebaik-baik bentuk kebaikan. Sesungguhnya ia mencatatkan sepuluh kebaikan dan menghapuskan sepuluh kejahatan.
[Riwayat Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7144]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.