TEKS BAHASA ARAB
إذا عملت عشر سيئات، فاعمل حسنة تحدرهن بها.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jika kamu melakukan sepuluh kejahatan, maka lakukanlah satu kebaikan yang dengannya mampu menghapuskan kejahatan-kejahatan tadi.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 560-561, hadis nombor 2911. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عمرو بن الأسود: إن معاذا لما بعثه رسول الله ﷺ إلى اليمن قال: أوصني بكلمة أعيش بها، قال: ((لا تشرك بالله شيئا))، قال: زدني، قال: ((حسن خلقك))، قال: زدني، قال: ((إذا عملت عشر سيئات، فاعمل حسنة تحدرهن بها)). فقال رجل من الأنصار: أو من الحسنات أن أقول لا إله إلا الله؟ قال: ((نعم، أحسن الحسنات؛ إنها تكتب عشر حسنات وتمحو عشر سيئات)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (7144)].
(Lemah) Daripada ‘Amr bin al-Aswad, sesungguhnya Mu‘az RA tatkala Rasulullah ﷺ mengutuskan beliau ke Yaman, dia berkata: “Wasiatkanlah aku dengan satu kalimah untuk aku hidup dengannya” Baginda menjawab: “Janganlah kamu mensyirikkan Allah dengan suatu apa pun”. Beliau membalas: “Tambah lagi untukku”. Baginda menjawab: “Perelokkan akhlakmu”. Beliau membalas: “Tambah lagi untukku”. Baginda menjawab: “Jika kamu melakukan sepuluh kejahatan, maka lakukanlah satu kebaikan yang dengannya mampu menghapuskan kejahatan-kejahatan tadi.” Maka seorang lelaki daripada kaum al-Ansar telah berkata: “Adakah termasuk daripada kebaikan jika aku menyebut “Tiada Tuhan melainkan Allah”? Baginda menjawab: “Benar, sebaik-baik kebaikan. Sesungguhnya ia ditulis (sebagai) sepuluh kebaikan dan ia menghapuskan sepuluh keburukan”. [Riwayat Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7144].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.