Jika kamu mampu untuk menjadi yang dibunuh

TEKS BAHASA ARAB

إن استطعت أن تكون أنت المقتول، ولا تقتل أحدا من أهل الصلاة فافعل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika kamu mampu untuk menjadi yang dibunuh, dan engkau tidak membunuh seorang pun dari ahli solat maka lakukanlah.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 787, hadis nombor 4043. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن الحسن قال: " لما كان من بعض همج الناس ما كان، جعل رجل يسأل عن أفاضل أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم، فجعل لا يسأل أحدا إلا دله على سعد بن مالك، قال: فقيل له: إن سعدا رجل إذا أنت رفقت به كنت قمنا أن تصيب منه حاجتك، وإن أنت خرقت به كنت قمنا أن لا تصيب منه شيئا، فجلس أياما لا يسأله عن شيء حتى استأنس به، وعرف مجلسه، ثم قال: أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم إن الذين يكتمون ما انزلنا من البينات والهدى) إلى آخر الآية، قال: فقال سعد: هات ما قلت، لا جرم والذي نفس سعد بيده، لا تسألني عن شيء أعلمه إلا أنبأتك به، قال: أخبرني عن عثمان، قال:كنا إذ نحن جميع مع رسول الله صلى الله عليه وسلم كان أحسننا وضوءا وأطولنا صلاة؛ وأعظمنا نفقة في سبيل الله. فسأله عن شيء من أمر الناس، فقال: أما أنا فلا أحدثك بشيء سمعته من ورادنا، لا أحدثك إلا بما سمعت أذناي، ووعاه قلبي، سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: إن استطعت أن تكون أنت المقتول، ولا تقتل أحدا من أهل الصلاة فافعل. [خط، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2943)]

(Sangat Lemah) Daripada al-Hasan berkata: Ketika berlaku kebuluran dalam kalangan manusia, lalu seorang lelaki bertanya kepada para sahabat Rasulullah SAW, lalu dia tidak bertanya seorangpun kecuali mereka menunjukkan kepada Saad bin Malik. Dia berkata: Dikatakan kepadanya: Sesungguhnya Saad seorang lelaki yang jika engkau berdamping dengannya engkau akan mahu dia menunaikan hajatnya, dan jika menjauhinya engkau tidak dapat menunaikan apa pun hajatnya. Lalu dia duduk berhari-hari tidak meminta sesuatu sehingga dia berdamping dengannya, dan mengenali majlisnya dan berkata: Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam. “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah.” Sehingga ke akhir ayat. Dia berkata: Saad berkata: Berikan apa engkau sebutkan, demi yang jiwa Saad berada di tangannya, jangan engkau bertanya kepada aku sesuatu yang aku tahu kecuali aku mengkhabarkannya kepadamu. Dia berkata: Uthman mengkhabarkan kepada aku berkata: Kami bila berada bersama dengan Rasulullah SAW kami akan memperelokkan wuduk kami dan memanjangkan solat kami, serta kami memperbanyakkan nafkah di jalan Allah. Lalu dia bertanya tentang sesuatu dari urusan manusia dan berkata: Adapun aku, aku tidak akan memberitahu kepadamu sesuatu yang aku dengar dari pemimpin-pemimpin kami, aku tidak akan menceritakan kepadamu kecuali apa yang aku dengar sendiri dengan telingaku, dan difahami oleh hatiku, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Jika kamu mampu untuk menjadi yang dibunuh, dan engkau tidak membunuh seorang pun dari ahli solat maka lakukanlah.” [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2943]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs