Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن استطعت أن تكون أنت المقتول، ولا تقتل أحدا من أهل الصلاة فافعل.
Teks Bahasa Melayu
Jika kamu mampu untuk menjadi yang dibunuh, dan engkau tidak membunuh seorang pun dari ahli solat maka lakukanlah.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 787, hadis no. 4043. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat Lemah) Daripada al-Hasan berkata: Ketika berlaku kebuluran dalam kalangan manusia, lalu seorang lelaki bertanya kepada para sahabat Rasulullah SAW, lalu dia tidak bertanya seorangpun kecuali mereka menunjukkan kepada Saad bin Malik. Dia berkata: Dikatakan kepadanya: Sesungguhnya Saad seorang lelaki yang jika engkau berdamping dengannya engkau akan mahu dia menunaikan hajatnya, dan jika menjauhinya engkau tidak dapat menunaikan apa pun hajatnya. Lalu dia duduk berhari-hari tidak meminta sesuatu sehingga dia berdamping dengannya, dan mengenali majlisnya dan berkata: Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam. “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah.” Sehingga ke akhir ayat. Dia berkata: Saad berkata: Berikan apa engkau sebutkan, demi yang jiwa Saad berada di tangannya, jangan engkau bertanya kepada aku sesuatu yang aku tahu kecuali aku mengkhabarkannya kepadamu. Dia berkata: Uthman mengkhabarkan kepada aku berkata: Kami bila berada bersama dengan Rasulullah SAW kami akan memperelokkan wuduk kami dan memanjangkan solat kami, serta kami memperbanyakkan nafkah di jalan Allah. Lalu dia bertanya tentang sesuatu dari urusan manusia dan berkata: Adapun aku, aku tidak akan memberitahu kepadamu sesuatu yang aku dengar dari pemimpin-pemimpin kami, aku tidak akan menceritakan kepadamu kecuali apa yang aku dengar sendiri dengan telingaku, dan difahami oleh hatiku, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Jika kamu mampu untuk menjadi yang dibunuh, dan engkau tidak membunuh seorang pun dari ahli solat maka lakukanlah.” [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2943]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman