TEKS BAHASA ARAB
إن استطعت أن تعمل لله بالرضا مع اليقين فافعل، وإن لم تستطع؛ فإن في الصبر على ما يكره خيرا كثيرا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jika kamu mampu beramal kepada Allah dengan reda dan yakin, maka buatlah amalan tersebut. Jika kamu tidak mampu, maka bersabar atas setiap perkara yang kamu benci yang mana padanya ada kebaikan yang melimpah ruah.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2037 hadis nombor 10257. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله ﷺ: إن استطعت أن تعمل لله بالرضا مع اليقين فافعل، وإن لم تستطع، فإن في الصبر على ما يكره خيرا كثيرا.
[هناد، هب، طب، ك، حل، ((الضعيفة)) (5107)]
(Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jika kamu mampu beramal kepada Allah dengan reda dan yakin, maka buatlah amalan tersebut. Jika kamu tidak mampu, maka bersabar atas setiap perkara yang kamu benci yang mana padanya ada kebaikan yang melimpah ruah.
[Riwayat Hannad, al-Baihaqi, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, al-Hakim, Abu Nu’aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5107]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.