Jika kamu mahu mengahwininya, maka pulangkan semula anak perempuan kami

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن كنت تزوجها فرد علينا ابنتنا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika kamu mahu mengahwininya, makan kembalikan semula anak perempuan kami kepada kami.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1081, hadis nombor 5507. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عباس رضي الله عنهما أن عليا خطب بنت أبي جهل فقال النبي صلى الله عليه وسلم: إن كنت تزوجها فرد علينا ابنتنا. [البزار، طب، طس، طص، خط، الضعيفة (6394)]

(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbas RA bahawa ‘Ali mahu meminang puteri Abu Jahal, lalu Nabi SAW berkata: Jika kamu mahu mengahwininya, kembalikan semula anak perempuan kami kepada kami.

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.