Munkar
3 minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنْ كُنْتَ تَزَوَّجُهَا فَرُدَّ عَلَيْنَا ابْنَتَنَا.
Teks Bahasa Melayu
Jika kamu mahu mengahwininya, makan kembalikan semula anak perempuan kami kepada kami.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1081, hadis no. 5507. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس رضي الله عنهما أن عليا خطب بنت أبي جهل فقال النبي صلى الله عليه وسلم: إن كنت تزوجها فرد علينا ابنتنا. [البزار، طب، طس، طص، خط، الضعيفة (6394)]
(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbas RA bahawa ‘Ali mahu meminang puteri Abu Jahal, lalu Nabi SAW berkata: Jika kamu mahu mengahwininya, kembalikan semula anak perempuan kami kepada kami.
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman